Kelas Asas Komputer dan Internet

9 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Disember 2019 ( Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang dan Pusat Internet Kpg Bandung telah berkolaborasi bersama dalam mengadakan kelas Asas Komputer dan Internet. Kelas ini telah dijalankan selama 2 jam dari jam 2 petang hingga 4 petang. Seramai 10 orang peserta telah mengikuti kelas ini dimana ada 8 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Kebanyakan peserta adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Objektif kelas ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi kemahiran pengunaan komputer dan internet kepada komuniti muda yang bersekolah. Peserta telah diterangkan tentang pengenalan komputer dan asas asas pengunaan nya. Selain itu juga, peserta juga diterangkan tentang maksud internet serta fungsi nya. Dihujung kelas ini, peserta telah diminta untuk menyelesaikan satu puzzle mencari perkataaan yang berasaskan atau berkaitan pembelajaran kelas komputer ini di dalam satu website di internet.

Pada akhir kelas ini, peserta boleh dinilai pemahaman mereka dengan menyelesaikan puzzle cari perkataan di dalam website. Ternyata peserta sangat aktif dan memberi respon yang baik terhadap pembelajaran di kelas ini. Pusat Internet Kpg Bandung sangat membantu dalam program ini dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali